Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan, tetapi sesuatu yang tidak diduga seringkali berlaku dengan tiba-tiba. Biarlah kita menangis kerana kesakitan semalam, tapi usahlah kita ketawa memanjang kerana kemenangan yang belum pasti untuk selamanya.
Tiada 'abid yang ma'sum tanpa dosa,
apatah lagi berjiwa pemuda.
Namun dengan kegagalan bukanlah mengajar erti kekalahan, tetapi mengingatkan kita tentang kemenangan yang masih tertunda. Mungkin hari ini kita kuat dan selesa, tapi tidak mustahil hari esok pula kita rebah hingga tak berdaya.
Semuanya bukan ketentuan kita,
hanya ketentuan Allah Subhanahu wa Ta'ala jua..
♥11:53 PM